MADRASAH IMAM NAWAWI PONDOK KAMPUNG NAWA
Berilmu dan Beramal Soleh
Rabu, 14 Oktober 2015
Isnin, 5 Oktober 2015
Keistimewaan
Antara keistimewaan Pondok Kampung Nawa:-
- Bersebelahan masjid, para pelajar dapat belajar di atas masjid dan dapat pula berjemaah lima waktu di masjid.
- Rakan sepengajian pondok saya dahulu ramai dan mereka berjanji akan menolong mendidik para pelajar. Oleh kerana terdapat ramai bekasa pelajar pondok terdahulu yang begitu mahir dengan ilmu-ilmu yang telah pupus dan hampir pupus maka saya begitu yakin segala ilmu-ilmu ini akan dapat dipelajari semula.
- Tanahnya yang begitu luas berhampiran sungai dan juga sawah padi serta mempunyai banyak lagi keistemewaannya.
Pengasas Madrasah Imam Nawawi (Pondok Kampung Nawa)
HAJI ABDUL AZIZ BIN AHMAD
Anak kelahiran Kampung Paya Kerchut, Pendang Kedah. Di sebelah bapa, satu nenek dengan YB. Dato` Wira Haji Othman Bin Haji Abdul merupakan Ahli Parlimen Pendang dan tuan-tuan Guru Pondok Chegar pula di sebelah ibu.
SEJARAH KEGEMILANGAN PONDOK
Sebenarnya kegemilangan pusat-pusat pengajian agama secara pondok ini telah bermula di Kampung Pondok Chegar, Pendang, Kedah. Pondok Chegar adalaj sebuah pusat pengajian agama secara pondok yang telah diperkenalkan atai diasaskan oleh nenek moyang kami. Bermula di Pondok Chegar adalah sebuah pusat pengajian agama secara pondok yang telah diperkenalkan atau diasakan oleh nenek moyang kami. Bermula di Pondok Chegar, pengajian agama secara pondok telah berkembang ke seluruh Negeri Kedah serta mlebar jauh ke seluruh pelusuk tanah air, bermula daripada Tuan Guru Haji Salim sekitar tahun 1824 dan anaknya Tuan Guru Haji Awanag serta cucunya, Tuan Guru Haji Ahmad Robat (Tok Ayah Keramat Pondok Chegar)
Langgan:
Catatan (Atom)